Selamat Datang !!

Kunak-, Sabah-, Malaysia
Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera.Terimakasih kerana meluangkan masa melawati laman ini.
MUSIK KECHAPI

Ahad, 2 Disember 2007

IKS di Kunak, Sabah.

  • Industri Kacil dan Sederhana (IKS) di daerah Kunak telah mula berkembang. Hampir setiap kampung mempunyai penghasilan sendiri disamping industri berat berasaskan minyak kelapa sawit. Bagi penduduk kampung, seperti Kg. Cenderawasih misalnya, aktiviti bercucuk tanam merupakan aktiviti utama, dan dengan bantuan dari Jabatan Pertanian Kunak, maka lahirlah beberapa orang pengusaha kecil-kecilan yang menyediakan bekalan produk makanan ringan. Antara produk makanan yang terkenal di Kg. Cenderawasih adalah produk makanan ringan seperti keropok ubi, keropok pisang, keropok ikan dan kerepek ubi pedas.
  • Puan Wahidah Labahu seorang ahli KPWM (Kumpulan Petani Wanita Maju) dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Kunak adalah antara pengusaha keropok ubi lebar dengan jenama Keropok Ubi Cenderawasih. Selain beliau terdapat beberapa orang lagi yang mengusahakan 'keropok ubi gergasi' dari kampung yang sama, tetapi menggunakan jenama seperti 'Tapioca Krecker' (Pn Satriani), Kerepek Ubi Bergula (En Sabur Naru) dan sebagainya. Namun, Pn. Wahidah adalah merupakan orang yang memulakan usaha ini, dan jenama Keropok Ubi Cenderawasih mula dikenali ramai sehingga ke L. Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.
  • En. Adap Moet pula terkenal dengan perusahaan keropok ikannya. Beliau yang juga merupakan Ketua Kampung, telah mula mengusahakan keropok ikan sejak tahun 2000 lagi. Seorang lagi pengusaha keropok berasaskan ikan di kampung ini telah berjaya menghasilkan keropok amplang. Nama beliau saya tak ingat, namun keropok amplang yang dihasilkan beliau adalah bermutu tinggi.
  • En. Laruna Lakila pula merupakan pengusaha yang mengusahakan produk berasaskan minuman. Beliau menghasilkan produk seperti air tebu, susu kacang soya dan yang paling terkenal ialah nira enau atau kabong. Beliau yang tinggal berhampiran laluan utama Tawau-Kota Kinabalu, sering mendapat kunjungan pemandu bas ekspress dan teksi.
  • Hjh Samirah Lante pula giat menghasilkan kerepek pisang yang diperbuat dari jenis Pisang Sabah. Beliau bersama ahli keluarga mengeluarkan produk Kerepek Pisang Manis dan Kerepek Pisang Masin. Selain itu, beliau turut menghasilkan Wajid Kacang Tanah atau Baje Kacang.
  • Hampir semua perusahaan IKS di Kg Cenderawasih menggunakan bekalan bahan mentah dari kampung ini dan sekitar daerah Kunak.

2 ulasan:

sukati berkata...

Salam..

Tahniah dan syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada semua yang telah berjaya dalam bisnes masing2. Semoga bisnes akan bertambah maju dan bertambah penghasilan.

Cuma saya ingin mencadangkan agar produk ini ditingkatkan dari segi cara pembungkusan dan labelnya agar kelihatan lebih menarik.
Dilabelnya jugak harus diletakkan jenis ramuan yang digunakan.

satu lagi kalau boleh dapatkan sijil halal daripada Jab. Agama Islam untuk mengguna logo halal pada label. Insya Allah produk akan lebih diyakini dan mendapt permintaan yang lebih baik. Dengan adanya sijil halal ini menunjukkan produk yang dihasilkan, cara pengendalian dan tempat produk diproses betul2 suci dan bersih.

Sekian, wassalam

Unknown berkata...

assalamualaikum.saya puan hija,saya telah menjalankan perniagaan keropok amplang di kuala lumpur,masalanya semua pembekal saya bermasalah,saya telah mendapat banyak tempahan, tetapi belum ada bekalan, pembekal saya memberikan saya harga sekilo keropok amplang ialah sebanyak RM15 untuk sekilo dan RM5 untuk kos penghantaran. Saya harap saya dapat medapat harga yang sama (RM20 sekilo termasuk kos penghantaran)dari pihak anda dan ingin membeli untuk pembelian pertama sebanyak 50kg. Diharap pihak anda dapat mempertimbangkan masalah saya. 0173081967